Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia dan Asia Selatan. Pokok Bidara, pokok renek berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang.
Daunnya luruh, ovate atau bujur eliptik dengan puncak bulat, dengan 3 urat lekuk membujur di pangkal. Daunnya adalah kira-kira 2.5-3.2 cm panjang dan 1.8 kepada 3.8 cm lebar dan mempunyai gigi halus pada pinggirnya. Ia bewarna hijau gelap dan berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah. Bergantung kepada iklim.
Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah hampir bujur-melonjong, bulat atau lonjong. Kulitnya licin pada am nya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan. Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang.
Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.
Bidara (Z. Mauritiana) adalah salah satu daripada dua spesies Ziziphus yang mempunyai kepentingan terbesar hortikultur, ia itu jujube Cina (Z. zizyphus). Jujube India adalah lebih tropika manakala jujube Cina adalah spesies tahan lasak dan sejuk.
Kegunaan:
1) Mandi Jenazah
Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri.
2) Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir
Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria. Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib.
Wahab bin Munabih seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
Cara Melakukankan:
1. Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2. Tumbuk dan dilumatkan.
3. Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4. Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5. Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6. Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah ........al-Fatihah dan berdoa sebelum.‘Ameen’).
7. Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8. Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
1. Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2. Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air .........bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3. Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4. Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.